Thursday, 28 March 2013

bismillahirahmanirahim~pencarian belum berakhir

mencari lagi, agak nya saya memang suka dgn word mencari ni,
memang kita di dunia ini mencari,
mencari pahala untuk bekalan akhirat,
mencari diri untuk menjadi hamba yang taat,
mencari makna kehidupan di alam "transit" ni~

kerana ingin mencari nilai kehidupan yang sebenar-benarnya hidup
maka saya menjejakkan kaki ke bookstore,
mencari buku sebelum aku bernikah yang dikarang oleh penulis muda hilal asyraf,
bukan kerana nak kawen baru saya nak mencari,
saya memang menunggu masa yang sesuai,
setiap kita punya masa dan perancangan untuk diri kita,
ya kita merancang tetap jua Allah yang tentukan~

mendalami isi buku sebelum aku bernikah ini,
saya mengakui betapa penyakit dikalangan kita yang disebut oleh penulis,
mana tidaknya, bila anak kata nak kahwin,mula lah ibu bapa membebel antaranya

1.'muda lagi dah gatal nak kawen'
2.'sendiri belum terurus, nak urus anak org pulak??'
3.' makan kau lagi mak ayah tanggung, nak bagi anak orang makan apa????

ALHAMDULILLAH,hasrat dia untuk melamar saya direstui ke dua belah pihak, dan saya tidak mendengar dialog 1,2 & 3 d atas diajukan kepada kami, mungkin kerana kami sudah lama mengenal diri masing masing~

berbalik kepada istilah mencari, sudah lumrah manusia akan dihantui dengan perasaan takut dan gusar,
saya turut merasa, bertanya dan terus bertanya pada diri~ benarkah keputusan ku ini, benarkah?? dalam persoalan yang tak mampu dijawap oleh diri sendiri, saya lantas nekad, membisikkan ke dalam hati, jodoh itu rahsia Allah, dan inilah pilihan saya, maka saya sedia, moga apapun yang mendatang saya mampu hadapi dengan berbekalkan keimanan dan kesabaran yang tiada batasan,
moga dia juga punyai nekad yg sama.. AAMIIN~~

teringat lagi isi yang penulis sebutkan dalam buku sebelum aku bernikah ini, penulis menyebut tentang penyakit pemikiran yang terlalu islamik dikalangan kita, sebagai contoh

1.' kita buat majlis sederhana saja asalkan matlamat tercapai yakni nikah'
2.' tak payah buat majlis grand grand membazir,amalan syaitan

ya tepat sekali, inilah yang disebut oleh anak muda yg inginkan perkahwinan mereka dilaksanakan dgn cepat, mereka selitkan unsur islamik untuk mendapatkan tiket kawen awal ini, persoalannya, benarkah sudah bersedia??? deq kerana tergesa-gesa ini nanti, masjid dibina pun musnah sekelip mata,
Ini kenyataan & hakikat yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini, ada yang kahwin urusan majlis ibu ayah yang sedia, tak sampai sebulan sudah pegang title duda & janda~ menyedihkan bukan????
Jadi fikirkan yang betul tujuan kita berkahwin, apa yang kita cari dalam institusi kekeluargaan yang bakal kita bina itu, jika jalannya menuju syurga, silakan~

PENCARIAN takkan pernah berakhir selagi jasad kita tidak terimbus di dalam tanah~
teruskanlah mencari, mencari pahala untuk bekalan akhirat kita,
diri ini penuh dosa, terasa malu untuk kembali kepada Nya, jauhi tanggapan ini, kerana inilah kerja syaitan
menyekat kita kembali kepada Allah setelah kita disesatkan,
Kembalilah, serahkan pada Allah, asalkan kita berusaha untuk kembali dan mencari cinta Ilahi yang hakiki,
teruslah mencari, mencari kekuatan dalam diri agar menjadi insan yang utuh membina kebahagiaan keluarga berlandaskan sunnah Rasulullah,

teringat saya bual bicara bersama bakal ibu dan ayah mertua, betapa mereka mengharapkan kami generasi muda menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam membina dan memperkukuhkan masjid yang bakal dibina, besar harapan mereka besar lagi harapan kami yang inginkan redha Ilahi mengiringi masjid kami nanti,

perkahwinan itu indah kata mereka, itu kata mereka, saya belum pasti kerana saya belum pun melayarinya,
tetapi apa yang saya tahu, saya nekad menjadikan perjalanan hidup ini tiket untuk kami ke syurga~ INSHAALLAH~
mari kita sama-sama mencari apa yang bakal kita warnai dalam kehidupan kita yang bakal mendatang~~

mari mencari, mencari diri agar menjadi insan yang sentiasa bersyukur dalam apa jua situasi, alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah
moga Allah redha

wassalam =)








No comments: