Thursday, 28 March 2013

bismillahirahmanirahim~pencarian belum berakhir

mencari lagi, agak nya saya memang suka dgn word mencari ni,
memang kita di dunia ini mencari,
mencari pahala untuk bekalan akhirat,
mencari diri untuk menjadi hamba yang taat,
mencari makna kehidupan di alam "transit" ni~

kerana ingin mencari nilai kehidupan yang sebenar-benarnya hidup
maka saya menjejakkan kaki ke bookstore,
mencari buku sebelum aku bernikah yang dikarang oleh penulis muda hilal asyraf,
bukan kerana nak kawen baru saya nak mencari,
saya memang menunggu masa yang sesuai,
setiap kita punya masa dan perancangan untuk diri kita,
ya kita merancang tetap jua Allah yang tentukan~

mendalami isi buku sebelum aku bernikah ini,
saya mengakui betapa penyakit dikalangan kita yang disebut oleh penulis,
mana tidaknya, bila anak kata nak kahwin,mula lah ibu bapa membebel antaranya

1.'muda lagi dah gatal nak kawen'
2.'sendiri belum terurus, nak urus anak org pulak??'
3.' makan kau lagi mak ayah tanggung, nak bagi anak orang makan apa????

ALHAMDULILLAH,hasrat dia untuk melamar saya direstui ke dua belah pihak, dan saya tidak mendengar dialog 1,2 & 3 d atas diajukan kepada kami, mungkin kerana kami sudah lama mengenal diri masing masing~

berbalik kepada istilah mencari, sudah lumrah manusia akan dihantui dengan perasaan takut dan gusar,
saya turut merasa, bertanya dan terus bertanya pada diri~ benarkah keputusan ku ini, benarkah?? dalam persoalan yang tak mampu dijawap oleh diri sendiri, saya lantas nekad, membisikkan ke dalam hati, jodoh itu rahsia Allah, dan inilah pilihan saya, maka saya sedia, moga apapun yang mendatang saya mampu hadapi dengan berbekalkan keimanan dan kesabaran yang tiada batasan,
moga dia juga punyai nekad yg sama.. AAMIIN~~

teringat lagi isi yang penulis sebutkan dalam buku sebelum aku bernikah ini, penulis menyebut tentang penyakit pemikiran yang terlalu islamik dikalangan kita, sebagai contoh

1.' kita buat majlis sederhana saja asalkan matlamat tercapai yakni nikah'
2.' tak payah buat majlis grand grand membazir,amalan syaitan

ya tepat sekali, inilah yang disebut oleh anak muda yg inginkan perkahwinan mereka dilaksanakan dgn cepat, mereka selitkan unsur islamik untuk mendapatkan tiket kawen awal ini, persoalannya, benarkah sudah bersedia??? deq kerana tergesa-gesa ini nanti, masjid dibina pun musnah sekelip mata,
Ini kenyataan & hakikat yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini, ada yang kahwin urusan majlis ibu ayah yang sedia, tak sampai sebulan sudah pegang title duda & janda~ menyedihkan bukan????
Jadi fikirkan yang betul tujuan kita berkahwin, apa yang kita cari dalam institusi kekeluargaan yang bakal kita bina itu, jika jalannya menuju syurga, silakan~

PENCARIAN takkan pernah berakhir selagi jasad kita tidak terimbus di dalam tanah~
teruskanlah mencari, mencari pahala untuk bekalan akhirat kita,
diri ini penuh dosa, terasa malu untuk kembali kepada Nya, jauhi tanggapan ini, kerana inilah kerja syaitan
menyekat kita kembali kepada Allah setelah kita disesatkan,
Kembalilah, serahkan pada Allah, asalkan kita berusaha untuk kembali dan mencari cinta Ilahi yang hakiki,
teruslah mencari, mencari kekuatan dalam diri agar menjadi insan yang utuh membina kebahagiaan keluarga berlandaskan sunnah Rasulullah,

teringat saya bual bicara bersama bakal ibu dan ayah mertua, betapa mereka mengharapkan kami generasi muda menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam membina dan memperkukuhkan masjid yang bakal dibina, besar harapan mereka besar lagi harapan kami yang inginkan redha Ilahi mengiringi masjid kami nanti,

perkahwinan itu indah kata mereka, itu kata mereka, saya belum pasti kerana saya belum pun melayarinya,
tetapi apa yang saya tahu, saya nekad menjadikan perjalanan hidup ini tiket untuk kami ke syurga~ INSHAALLAH~
mari kita sama-sama mencari apa yang bakal kita warnai dalam kehidupan kita yang bakal mendatang~~

mari mencari, mencari diri agar menjadi insan yang sentiasa bersyukur dalam apa jua situasi, alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah
moga Allah redha

wassalam =)








mari mencari diri

subahanallah maha suci Allah, tuhan yang menciptakan sekalian alam
Alhamdulillah segala puji hanya pada Allah 
ALLAHURABBI
kita bersua lagi, to my silent reader I'm back!!!! yessss I'm back~ ^_^

sudah lama hati ini ingin meluangkan sedetik dua untuk berkongsi sesuatu, ya sesuatu yg boleh mengingatkan diri terutamanya kepada diri sendiri~

mari mencari diri??? mengapa??? mengapa perlu mencari diri??? kerana kita hanyalah hambaNYA, sudah jauh kita tersasar, saban hari kita mendengar ada saja kisah dunia yang membuat hati menjadi gundah, anak pukul ibu, ayah "makan" anak??? kejar dunia hingga akhirat ditinggalkan kenapa begini???? kenapa???? mana akal yg kita punya?? nauzubillah, selamatkan kami ya Allah, selamatkan kami dari dunia yang penuh dusta ini~ 

Bagaimana mahu mencari diri??? berubah ke arah kebaikan itu senang yang susahnya adalah istiqamah, ini kata orang orang yang selalu saya dengar, benarkah????? tepuk dada tanya kemahuan~~ Jika setiap saat setiap waktu kita membayangkan bagaimana aku ketika mati nanti?? cukupkah bekalan ku di akhirat nanti, diterimakah amal ibadahku yang tak seberapa ini?? tanya lah pada diri setiap hari, InshaAllah, Allah bantu mereka yg ingin berubah, sesungguhnya Allah lebih menyukai hambanya yang mahu bertaubat dari hambanya yang terus hanyut diwarnai duniawi.


Mari mencari diri, saya mencari diri saya dan awak mencari diri awak, semoga kita sama sama terselamat dibawah lembayung rahmat Ilahi~ mulakanlah dengan solat 5 waktu, ya!!! saya tahu ini amat berat sekali, perkara yang paling ringan di dunia adalah meninggalkan solat, sedangkan kita sedar solat itu tiang agama, pincang solat kita, maka runtuhlah agama~ ya Allah, lembutkan hati ini, untuk menunaikan suruhanMu di awal waktu~ 


Mari mencari diri, basahilah lidah dgn zikrullah, luangkanlah masa membaca al-quran, mendalami makna makna isi al-quran, dan berusahalah mencari diri, mencari diri yang menegakkan agama islam, kita umat Nabi Muhammad, Nabi yang ulung, marilah mencari diri kita dibalik peninggalan sunah dan hadis Baginda~ subahanallah, maha suci Allah, semoga Allah membantu hambanya~


moga Allah redha~


Friday, 13 April 2012

saya dan sesuatu~

agak lama saya tidak menjengah di sini, busy doing nothing, ehe~ tidak la, sedikit busy dgn bisnez yg tidak seberapa~ namun tetap sy bersyukur dgn rezeki dari yg Esa~~~alhamdulillah~~~

hampir 8 bulan saya meletakkan jawatan sebagai assistant engineer di salah sebuah syarikat swasta, dan berjinak2 dalam dunia perniagaan, terdetik di dalam hati, adakah benar jalan yg saya pilih, mampukah saya berjaya memandangkan bidang yg saya ceburi semasa di ipt dulu terlalu jauh menyimpang dari "pekerjaan" saya sekarang ini.~ terdetik lagi, " kalau org lain dapat mengapa tidak saya, lantaran itu saya pejamkan mata tekadkan semangat dan usaha~

kadang-kadang terasa rapuh, orang lain cuti, saya kena kerja, kerja dgn diri sendiri perlu lebih usaha, takpa..... insya Allah saya mampu (POSITIF), saya banyak habizkan masa di jalan raya, ke utara selatan memenuhi keperluan untuk di niagakan~~ kadang2 balik jauh malam, driving sorang2~ malam pulak tu, perasaan takut yg perlu dlawan dan alhamdulillah mampu saya tolak ke tepi soal takut dan kegelapan~

apa yg saya mampu buat sekarang ni hanya berserah kepada Allah, saya masih lagi menanti dan akan terus menanti sesuatu yg lebih baik akan datang kepada saya, dan saya serahkan segala-galanya kepada yg esa,bagi saya tak perlu di pinta, Allah tahu apa yg terbaik untuk hambanya, namun saya tidak lekang berdoa agar sesuatu itu adalah yg terbaik utntuk saya~ INSYA ALLAH~ apa yg saya perlu hanyalah bersabar dan percaya, cepat atau lambat sesuatu yg baik itu pasti datang jua~ INSYA ALLAH~

oh yaaa~ hari ni penuh barakah sebab akak saya telah selamat melahirkan putera sulungnya, tahniah~ sekarang sy dah ada 2 anak buah, anak akak yg sorang lagi dah hampir masuk 6 bulan (miftah qayyum) n yg baru lahir pagi tadi belum ada nama~ x sabar nak tgok .... untuk sape2 yg telah tersesat dan membaca celoteh saya ni, syukran jazilan~ semoga Allah sentiasa membimbing dan merahmati saya, kamu, keluarga kita, sahabat sahabat kita, orang-orang yang membenci kita dan semua umat islam~ peace no war~

• ˚ •˛•˚ * 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
• ˚Happy★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★weekend!★ 。* • ˚。
° 。 ° ˛˚˛ *__Π____*。*˚
˚ ˛ •˛•˚ */______/~\。˚ ˚ ˛
˚˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚


Monday, 17 October 2011

sabar itu kunci kebahagiaan~

mungkin ada di antara kita memilih untuk menjadi seperti orang lain, apabila melihat kebahagiaan dan kesenangan orang lain, hati mula berdetik "alangkah bahagianya saya jika saya di tempat orang yang bertuah itu"~ namun benarkah orang yang bertuah itu benar-benar bahagia dan beruntung seperti yang kita lihat??? ALLAH itu maha adil! masakan dia memberi kesedihan, cabaran dan dugaan yang berpanjangan untuk kita sedangkan orang lain pula kita lihat bahagia senantiasa~ 
 boleh jadi orang yang kita lihat bahagia itu punya awan mendung di jiwa nya~siapa tahu?? namun dia mampu bertahan bersabar menyebabkan dia tampak bahagia senantiasa~~

sebagaimana yang terkandung dalam al-quran~
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Az-Zumar: 10)
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan)…” (Ali-Imran: 200)
jadikanlah diri kita seperti rumput yang lemah lembut,tak luruh biarpun dipukul ribut~cekal seperti karang dilautan, tak terusik waima dilanda badai~
musibah itu adalah kunci kebahagiaan bagi orang2 yang bersabar, yakin lah pada janji Allah~insya Allah kita akan merasa nikmatnya hidup di dunia yang fana ini, 

Tuesday, 27 September 2011

irfan makki~

bismillahirahmanirrahim.........assalamualaikum,

sejak dengar lagu irfan makki feat maher zain I BELIEVE yang pernah saya post dalam entry terdahulu, saya rasa macam ok gak mamat ni kan, 2, 3 ari ni asyik dengar lagu mamma, betul2 menggambarkan apa yg saya rasa terhadap mak saya, dan saya pasti orang lain pun cam tu jugak la.... meyh la kita dengar 'cecamer' lagu mamma ni, kamek sayang ktk MAK ^_^ ( saya sayang  IBU )~

Mamma lyrics

Everytime I think of you
You always make me smile
Whenever I feel down
You know how to cheer me up

And everything I feel confused
And I don't know which way to choose
One things for sure
I can always count on you

When I am near
Or when I'm far
Or when I'm completely lost...

In my heart I have no fear
Cos you're my guiding star, oh!

[Chorus]:
Mamma
You know that I love you
No matter what I
Say or do
I can never thank you, oh
Mamma
You know that I love you
You are the proof
Of what love can do
Truly you are Gods miracle

You're my shelter from the rain,
You're the shoulder I cry on
Whenever I feel pain
One touch from you and the pain is gone!

And all I've ever dreamed to be
Is to make you proud of me
Cos never once
Did you turn your back on me

Your healing words,
Your tender touch
The warmth of your embrace...

The beauty of your soul
Shines through your loving face!

[Chorus]

[Bridge]:
Your name
Was there first word I've ever spoken
You held my hand
Through the first steps I've taken, oh...
When I wasn't well
You watched me through the night
That is why
Paradise is under
Your feet

[Chorus] [x3]

Monday, 26 September 2011

apa??????

dari Nya kita datang kepada Nya kita kembali... inilah hakikat yang perlu kita terima dan kita hadapi....


  "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu"
                                                  ::Surah Az-zariyat ayat 56 ::


aku mengingatkanmu tentang-Nya, kerana aku mahu kamu sentiasa mengingatkan aku tentang Nya juga.
dunia ini penuh noda, dunia ini penuh dosa, lalu apa tujuan kita dicipta?????????

"demi masa sesungguhnya manusia itu kerugian,melainkan yang beriman dan beramal soleh,dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran, nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran'. ::QS al Ashr 1-3::
                                                          
kita umpama kain putih yang direntangi di tebing jalanan. setiap saat debu pasti melekat. jika tidak di buang ia akan kekal payah untuk dihilangkan..... lalu apa solusi kita??????????


          "Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan memberikan jalan keluar (solusi terhadap kesempitan-kesempitannya, masalah stagnasi yang dihadapi dan masalah dilematisnya). 
Dan diberikannya rezeki dari arah yang tak disangka-sangka (yang tak 
bisa diprediksi oleh akal)." 
QS. At-Thalaaq: 2 dan 3


ada yang berusaha mencari amal, ada pula yang hidup tanpa tujuan... jika sahabat nabi memasukkan batu kerikil kedalam mulutnya untuk mengelakkan diri dari mengumpat, lalu apa usaha kita?????????


bersabda Rasulullah SAW: ' bekerjalah kamu untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beribadatlah kamu untuk akhiratmu seolah-olah kamu mati esok pagi. 

apa yang kita cuba sampaikan tidak mengapa jika ia tidak dipandang kerana, apa yang utama, kita sudah berusaha dan menjalankan tanggungjawap kita sebagai manusia. kita masing-masing punya akal, lalu yang mana pilihan kita?????? KITA TENTUKAN!!!!


"Barangsiapa bertawakkal kepada Allah, maka cukuplah hanya (penilaian) Allah baginya. Sesungguhnya Allah akan menyampaikan urusan-Nya (sehingga kehidupan para mutawakkilin senantiasa dalam dimensi perintah Tuhan)." QS. At-Thalaaq: 2

MANA MUNGKIN KITA MAMPU MENGUBAH PENDIRIAN SESEORANG, KERANA YANG HANYA BISA MENGUBAH MEREKA ADALAH ALLAH DAN KEMAHUAN DIRI MEREKA SENDIRI.... LALU DIMANAKAH KITA LETAKKAN KEMAHUAN KITA???? DI AKAL KAH??DI IMAN KAH??? DI NAFSU KAH????

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sehingga ia mengubah keadaanya sendiri." QS. Ar-Ra'd: 11




Allahu akhbar.....

Tuesday, 20 September 2011

~~TAUBAT~~


Taubat Nasuha adalah taubat lahir batin menyesal dan tidak akan mengulanginya Lagi, Taubat lahirnya saja bagai panji ditutup sutera indah. Namun ketika orang membukanya akan berpaling jua. Demikian lah melihat orang yang lahirnya taat . Jika kedok itu terbuka di hari kiamat, para malaikat berpaling. Oleh kerana Rasulullah S.A.W bersabda~'' Allah tidak akan melihat rupamu tapi melihat hatimu''.

 Dari Ibnu Abbas ra dia berkata,''betapa banyak orang yang bertaubat ketika datang HARI KIAMAT mengira dia telah bertaubat tetapi sebenarnya TIDAK........
sebab tanpa disertai penyesalan,berjanji tidak akan mengulanginya,membendung kezaliman serta memperbanyakkan istighfar dgn demikian Allah akan menerima dan menghapuskan dosanya. INSYA ALLAH~~~

orang yang berakal haruslah mengekori diri dan tidak melupakan dosanya seperti dikatan:

wahai orang yang berdosa,
masa silam jangan engkau lupa,
taubatlah sebelum mati,
jika engkau mengakui.

Abu Laits merawikan dengan dengan sanadnya dia berkata, “ Umar ra menghadap Rasulullah SAW dengan menangis. Baginda menegurnya, “ Mengapa engkau menangis wahai umar?’’ Umar berkata, wahai Rasulullah, depan pintu itu ada seorang pemuda sedang menangis telah membakar hatiku’’. Baginda berkata “ suruh dia masuk”/ Setelah pemuda itu masuk sambil menangis, Rasulullah menegurnya, “Mengapa engkau menangis wahai pemuda?’’ Pemuda itu menjawap,  “ Ya Rasulullah, dosaku yang banyak telah membuatkan aku menangis. Aku takutkan kemarahan Allah menimpaku,’’ Rasulullah SAW bersabda, “apakah kau sekutukan Allah?’’ pemuda itu menjawap “TIDAK’’ Rasulullah SAW bertanya lagi ‘ adakah engkau membunuh orang tanpa sebab?’’ dia menjawap “tidak” Maka Rasulullah SAW berkata, ‘ Allah akan mengampuni dosa mu meskipun dosa mu setinggi langit dan sedalam bumi lapisan ketuju.’’ Namun lelaki berkata, ‘ dosaku lebih besar ya Rasulullah’’. Rasulluah bertanya lagi ‘dengan kursi’? dia berkata, ‘’lebih besar lagi ya Rasulullah’. Rasulullah bertanya lagi ‘dengan arasy’? pemuda itu menjawap ‘’lebih besar dari itu’. Rasulullah SAW berkata. ‘’dengan ampunan Tuhan?’ dia menjawap, ‘tentu saja Allah lebih agung.’

Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa besar selain Allah yang maha agung ampunannya.. lalu  Rasulullah bertanya ceritakanlah dosamu kepadaku! “aku malu padamu ya Rasulullah.” Rasulullah berkata, ‘ tidak perlu ceritakan saja,”  lalu pemuda itu berkata, “ Aku menggali kubur salah seorang gadis ansar tujh tahun lalu, ku ambil kain kafannya dan ku buang ia tidak jauh, lalu syaitan menggoda aku hingga aku kembali dan menjimaknya dan ku buang dia tidak jauh dari situ, Tiba-tiba gadis itu berdiri dan berkata ‘ celaka engkau wahai pemuda, tidakkah kau malu berhutang dengan orang yang zalim kepada orang yang dizalimi?  Kau tinggalkan aku telanjang di antara mayat dan kau buat aku junub dihadapan Allah.’’
Lalu Rasulullah SAW tersentak dan membelakanginya seraya berkata, ‘ Hai orang fasik, seeloknya nerakalah selayaknya untukmu. Keluarlah dariku!’’

Pemuda itu keluar dan bertaubat kepada Allah empat puluh malam. Setelah selesai mengadap mukanya ke langit seraya berkata, ‘ Ya Allah, Muhamad, Adam dan Ibrahim, jika kau ampuni aku beritahukan kepada Muhamad dan sahabat-sahabatnya, Jika tidak turunkan api dari langit, bakarlah aku dan selamatkanlah aku dari siksa akhirat’.

Kemudian Jibril memghampiri nabi SAW seraya berkata, Ya Muhammad, tuhan kirim salam kepadamu dan bertaya padamu, apakah enkau menciptakan makhluk? Nabi SAW menjawap, ‘tidak, bahkan Dia yang menjadikanku dan mereka serta memberikan rezeki padaku dan mereka.’ “dan Allah berfirman padamu, bahawa Dia menerima taubat pemuda itu.” Kemudian Nabi SAW mengundangnya dan memberi khabar gembira bahawa Allah menerima taubatnya.

Rasulullah SAW bersabda : tidak ada sura yang lebih disukai oleh Allah daripada suara rintihan hamba yang berdosa lalu bertaubat dan berkata, “ Ya Tuhanku!,’’
Lalu Tuhan berkata, “ Baiklah wahai hambaku, mintalah apa yang kau mahu, Kau hamba-ku seperti sebahagian Malaikat-ku. Aku dikanan kiri dan atasmu. Lebih dekat dari isi hatimu. Hai Malaikat, saksikan aku telah mengampuninya.”

Zun Nun al-Masri berkata ‘ Allah memiliki hamba-hamba yang menanam pohon-pohon kesalahan dan menyiramnya dengan taubat hingga berbuah duka dan penyesalan. Mereka gila. Tapi sebenarnya tidak. Bahkan merekalah yang mengenal Allah dan Rasul-Nya. Lalu mereka meminum segelas air ‘kesucian’ agar membuatnya sabar atas bala. Hati mereka menerawang. Fikiran mereka menjulang antara bintang, bernaung dibawah penyesalan. Membaca lembaran kesalahan, membuat jiwanya tergetar hingga sampai ketinggian zuhud dengan dengan tangga warak. Mereka paksa tinggalkan dunia dan suka kesederhanaan mengharapkan tali keselamatan.  Roh mereka damai di taman kemuliaan hingga tinggal di taman kenikmatan, Menahan keluh dan keinginan hingga turun dengan kefanaan ilmu dan meminum rawa hikmah, naik perahu fathanah(kecerdasan) terbawa angin keselamatan dalam lautan keselamatan hingga sampai ke taman kedamaian, kemuliaan dan karamah.

Saturday, 3 September 2011




Menanti Di Barzakh
Far East
Lirik Lagu Nasyid

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

Monday, 22 August 2011

raya yang menjelang buat ku kepenatan~

hari raya semua bagai nak gila bila puasa,buat buatla lupa~berpakaian semua harus sepadan tapi puasa tak cukup sebulan~

sana sini dah pasang lagu raya kan???stesen radio.tv,supermarket~macam virus jer lagu raya merebak~al-maklum la~berapa hari jer lagi~ huhu~saya pun tak dapat nak update blog dengan entry yang berguna sebab nya sangat2 sibuk memenuhi tempahan kuih lapis sarawak,,cuma kalau isnin- jumaat tu terasa sangat penat,siang berkerja lepas tu malam after terawih teruskan aktiviti dengan melapis kuih plak, kadang kadang sampai tidur jam 2.30 pagi~haru nyer~ni pun rasa cam tak sihat jer~yang bakar nya pulak saya sorang jer~~hukhuk~sedih laaaa~

raya ni memang macam lagu yang senario nyanyi tu~bagai nak gila di buatnya~hihi~takpe sekali setahun je kan~tapiiiiii yang sedih lagi ni~baju raya tak siaaaaaapppp uwaaaaa~takde semangat nak raya~tailor tu ader personal problem~wut to do~ pasrah jer la~nak beli yg ready made saye tak suka coz mesti besar sngt kat badan~alahai~ pakai baju raya yg lama jer la kalau cam ni~Huhu~takpe2( tengah tenangkan diri dari semalam)
ahaha~ 

kengkawan selamat hari raya~raya jemputlah datang ke rumah yer~tapi elok nyer datang malam~sebab siang sy mesti jalan2~1 day raya kat kampung ayah~pastu kat rumah nak jalan2 dgn konco2~lame tak jumpa~rindddddddduuuuuuuuu dorang sangat2~esp mem ikin~awww~ahahaha~ =P

babe eiyqa aisy~meh la beraya d kuching~jum sayang jum~kite jalan2 ^_^

selamat hari raya maaf zahir dan batin~

Tuesday, 16 August 2011

Aku masih mencari~

Ku masih tercari-cari diri ku yg sebenar,
Kadangku sedar,kadangku alpa,
Ku nikmati rahmat tuhan,
Dugaan Nya ku resahi,
Suruhan Nya tak sempurna ku jalani,
Sering ku lupai tika gembira,
Tahu pula ku cari tika ku hiba,

Ya Ilahi,
Sungguh hambamu ini masih mencari mu,
Masih mencari diri sendiri~~

Ya Rab~

Kurniakan lah kami keampunan darimu,
Kurniakanlah kami rahmat kasih sayangmu,

Dunia hanya persinggahan,
sampai masa kita akan pulang,

Ya Allah,
Berikan hambamu kesempatan mengecapi manisnya Iman,
Merasai indahnya disampingmu ya Allah~

Kuatkanlah hamba untuk terus mencariMu,
Meskipun pernah terleka pada dunia,
Bimbinglah kami agar kembali di jalanMu,
Agar dapat kami capai keampunan dan rahmat Mu,

Sungguh kami hambamu yg hina,
Hamba bermohon~
ampunilah kami ya Allah,
ampunilah kami ya Allah,
ampunilah kami ya Allah.
Hanya pada mu kami berserah~~~