mencari lagi, agak nya saya memang suka dgn word mencari ni,
memang kita di dunia ini mencari,
mencari pahala untuk bekalan akhirat,
mencari diri untuk menjadi hamba yang taat,
mencari makna kehidupan di alam "transit" ni~
kerana ingin mencari nilai kehidupan yang sebenar-benarnya hidup
maka saya menjejakkan kaki ke bookstore,
mencari buku sebelum aku bernikah yang dikarang oleh penulis muda hilal asyraf,
bukan kerana nak kawen baru saya nak mencari,
saya memang menunggu masa yang sesuai,
setiap kita punya masa dan perancangan untuk diri kita,
ya kita merancang tetap jua Allah yang tentukan~
mendalami isi buku sebelum aku bernikah ini,
saya mengakui betapa penyakit dikalangan kita yang disebut oleh penulis,
mana tidaknya, bila anak kata nak kahwin,mula lah ibu bapa membebel antaranya
1.'muda lagi dah gatal nak kawen'
2.'sendiri belum terurus, nak urus anak org pulak??'
3.' makan kau lagi mak ayah tanggung, nak bagi anak orang makan apa????
ALHAMDULILLAH,hasrat dia untuk melamar saya direstui ke dua belah pihak, dan saya tidak mendengar dialog 1,2 & 3 d atas diajukan kepada kami, mungkin kerana kami sudah lama mengenal diri masing masing~
berbalik kepada istilah mencari, sudah lumrah manusia akan dihantui dengan perasaan takut dan gusar,
saya turut merasa, bertanya dan terus bertanya pada diri~ benarkah keputusan ku ini, benarkah?? dalam persoalan yang tak mampu dijawap oleh diri sendiri, saya lantas nekad, membisikkan ke dalam hati, jodoh itu rahsia Allah, dan inilah pilihan saya, maka saya sedia, moga apapun yang mendatang saya mampu hadapi dengan berbekalkan keimanan dan kesabaran yang tiada batasan,
moga dia juga punyai nekad yg sama.. AAMIIN~~
teringat lagi isi yang penulis sebutkan dalam buku sebelum aku bernikah ini, penulis menyebut tentang penyakit pemikiran yang terlalu islamik dikalangan kita, sebagai contoh
1.' kita buat majlis sederhana saja asalkan matlamat tercapai yakni nikah'
2.' tak payah buat majlis grand grand membazir,amalan syaitan
ya tepat sekali, inilah yang disebut oleh anak muda yg inginkan perkahwinan mereka dilaksanakan dgn cepat, mereka selitkan unsur islamik untuk mendapatkan tiket kawen awal ini, persoalannya, benarkah sudah bersedia??? deq kerana tergesa-gesa ini nanti, masjid dibina pun musnah sekelip mata,
Ini kenyataan & hakikat yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini, ada yang kahwin urusan majlis ibu ayah yang sedia, tak sampai sebulan sudah pegang title duda & janda~ menyedihkan bukan????
Jadi fikirkan yang betul tujuan kita berkahwin, apa yang kita cari dalam institusi kekeluargaan yang bakal kita bina itu, jika jalannya menuju syurga, silakan~
PENCARIAN takkan pernah berakhir selagi jasad kita tidak terimbus di dalam tanah~
teruskanlah mencari, mencari pahala untuk bekalan akhirat kita,
diri ini penuh dosa, terasa malu untuk kembali kepada Nya, jauhi tanggapan ini, kerana inilah kerja syaitan
menyekat kita kembali kepada Allah setelah kita disesatkan,
Kembalilah, serahkan pada Allah, asalkan kita berusaha untuk kembali dan mencari cinta Ilahi yang hakiki,
teruslah mencari, mencari kekuatan dalam diri agar menjadi insan yang utuh membina kebahagiaan keluarga berlandaskan sunnah Rasulullah,
teringat saya bual bicara bersama bakal ibu dan ayah mertua, betapa mereka mengharapkan kami generasi muda menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam membina dan memperkukuhkan masjid yang bakal dibina, besar harapan mereka besar lagi harapan kami yang inginkan redha Ilahi mengiringi masjid kami nanti,
perkahwinan itu indah kata mereka, itu kata mereka, saya belum pasti kerana saya belum pun melayarinya,
tetapi apa yang saya tahu, saya nekad menjadikan perjalanan hidup ini tiket untuk kami ke syurga~ INSHAALLAH~
mari kita sama-sama mencari apa yang bakal kita warnai dalam kehidupan kita yang bakal mendatang~~
mari mencari, mencari diri agar menjadi insan yang sentiasa bersyukur dalam apa jua situasi, alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah
moga Allah redha
wassalam =)
Thursday, 28 March 2013
mari mencari diri
subahanallah maha suci Allah, tuhan yang menciptakan sekalian alam
Alhamdulillah segala puji hanya pada Allah
ALLAHURABBI
kita bersua lagi, to my silent reader I'm back!!!! yessss I'm back~ ^_^
sudah lama hati ini ingin meluangkan sedetik dua untuk berkongsi sesuatu, ya sesuatu yg boleh mengingatkan diri terutamanya kepada diri sendiri~
mari mencari diri??? mengapa??? mengapa perlu mencari diri??? kerana kita hanyalah hambaNYA, sudah jauh kita tersasar, saban hari kita mendengar ada saja kisah dunia yang membuat hati menjadi gundah, anak pukul ibu, ayah "makan" anak??? kejar dunia hingga akhirat ditinggalkan kenapa begini???? kenapa???? mana akal yg kita punya?? nauzubillah, selamatkan kami ya Allah, selamatkan kami dari dunia yang penuh dusta ini~
Bagaimana mahu mencari diri??? berubah ke arah kebaikan itu senang yang susahnya adalah istiqamah, ini kata orang orang yang selalu saya dengar, benarkah????? tepuk dada tanya kemahuan~~ Jika setiap saat setiap waktu kita membayangkan bagaimana aku ketika mati nanti?? cukupkah bekalan ku di akhirat nanti, diterimakah amal ibadahku yang tak seberapa ini?? tanya lah pada diri setiap hari, InshaAllah, Allah bantu mereka yg ingin berubah, sesungguhnya Allah lebih menyukai hambanya yang mahu bertaubat dari hambanya yang terus hanyut diwarnai duniawi.
Mari mencari diri, saya mencari diri saya dan awak mencari diri awak, semoga kita sama sama terselamat dibawah lembayung rahmat Ilahi~ mulakanlah dengan solat 5 waktu, ya!!! saya tahu ini amat berat sekali, perkara yang paling ringan di dunia adalah meninggalkan solat, sedangkan kita sedar solat itu tiang agama, pincang solat kita, maka runtuhlah agama~ ya Allah, lembutkan hati ini, untuk menunaikan suruhanMu di awal waktu~
Mari mencari diri, basahilah lidah dgn zikrullah, luangkanlah masa membaca al-quran, mendalami makna makna isi al-quran, dan berusahalah mencari diri, mencari diri yang menegakkan agama islam, kita umat Nabi Muhammad, Nabi yang ulung, marilah mencari diri kita dibalik peninggalan sunah dan hadis Baginda~ subahanallah, maha suci Allah, semoga Allah membantu hambanya~
moga Allah redha~

Subscribe to:
Posts (Atom)