1.
hai anakku,ketahui,sesungguhnya dunia ini
bagaikan lautan yang dalam,banyak manusia yang karam,layarilah lautan itu
dengan SAMPAN yang bernama TAKWA,ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKAL
kepada ALLAH SWT.
2.
orang-orang yang sentiasa menyediakan
dirinya untuk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari
allah.orang yang insaf dan sedar setelah mmenerima nasihat orang lain dia akan
sentiasa menerima kemulian dari allah juga.
3.
hai anakku,orang yang merasa dirinya hina
dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada alla,maka dia tawadduk kepada
allah dia akan lebih dekat kepada allah dan selalu berusaha menghindarkn
maksiat kepada allah.
4.
seandainaya ibubapamu marah kepada mu
kerana kesilapan yang dilakukanmu,maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja
bagi tanam tanaman.
5.
jauhkan dirimu dari berhutang kerana
sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan
gelisah di waktu malam.
6.
selalu kepada allah tentang sesuatu
yang menyebabkan untuk tidak derhakai allah.takutlah kepada allah dengan
sebenar-benarnya takut,tentulah engkau akan terlepas sari sifat berputus asa
dari rahmat allah.
7.
hilang air mukanya kerana tidak
dipercayai orang dan seorang yang telah rosak alhlaknya akan sentiasa benyak
melamunkan hal2 yang tidak benar.ketahuillah batu besar dari tempatnya semula
itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang tidak mahu mengerti.
8.
engkau telah merasakan bertapa beratnya
mengangkat batu besar dan besi yang amat berat,tetapi akan lebih lagi daripada
semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga yang jahat.
9.
janganlah engkau mengirimkan orang yang
tidak cerdik sebagai utusan.maka bila tidak ada orang cerdik sebaliknya
dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10. jahuilah bersifat dusta,sebab dusta itu mudah dilakukan,bagaikan memakan
daging burung,padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang
berbahaya.
11. bila engkau mepunyai dua pilihan untuk menziarahi orang kampung atau
menghandiri majlis perkhwinan,pilihlah untuk menziarahi orang yang mati
kerana ia akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta
perkhawinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12. jangan engkau makan sampai kenyang yang berlebihan kerana sesungguhnya
makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan
anjing sahaja.
13. janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan
janganlah langsung memutahkan saja pahitnya sesuatu barang itu kerana manis
belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan
kesengsaraan.
14. makanlah makanmu bersama sama dengan orang yang takwa dan musyawarahlah
urusanmu dengan para alim ulama' dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15. bukanlah saat kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi
engkau tidak pernah mengamalkannya.hal itu tidak ubah bagaikan orang yang
mencari kayu bakar,maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya padahal ia
masih mahu menambahkannya.
16. bila engkau hendak mencari kawan sejati,maka ujilah terlebih dahulu dengan
berpura -pura nembuat dia marah.bila mana dalam kemarahan itu dia masoh
menginsafkan kamu,maka bolehlah kamu mengambil dia sebagai kawan.bila tidak
demikan maka berhati hatilah.
17. selalu berkata baik dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu,demikian
engkau akan disukai orang melebihi sukanya seorang terhadap orang lain yang
pernah meberikan barang yang berharga.
18. bila engkau berteman,tempatkalah dirimu padanya sebagai orang yang tidak
mengharapkan sesuatu daripadanya,namun biarkan dia mengharapkan sesuatu darimu.
19. jadikalah dirimu segala tingkah laku sebagai orang yang tidak ingin menerima
pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu sifat riya' yang akan
mendatangkan cela pada dirimu.
20. janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu di susahkan
oleh dunia saja kerana engkau diciptakan allah bukanlah untuk dunia sahaja.sesungguhnya
tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21. usahakan agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kta yang busuk dan kotor
serta kasar kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri.kalau berbicara,usahakan
agar berbicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22. janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yag
menggelikan,janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti,janganlah enkau
bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu,janganlah mensiakan -siakan
hartamu.
23. barang siapa yang penyanyag tentu akan disanyangi,sesiapa yang pendiam akan
selamat daripada berkata yang mengandungi racun dan sesiapa yang tidak dapat
menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24. bergaul rapat dengan orang alim lagi berilmu.perhatikanlah kata nasihatnya
kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengar nasihatnya,hiduplah hati ini
dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu
disirami air hujan..
25. ambilah harta dunia sekadar keperluan sahaja dan nafkankanlah yang
selebihnya untuk bekalan akhiratmu.jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang
atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban
orang lain.sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis
airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah
belaka.janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka
kelak akan membinasakan dirimu











