Tuesday, 29 March 2011
MAsaLAH HAti~
hati yang bermasalah perlu dirawat kerana semua kehidupan bermula dengan hati. sabda nabi yang membawa maksud; hatilah yang dipanggil raja, kalau baik hati itu maka baiklah orang itu dan vice versa.
lalu bagaimana mahu merawat masalah hati?
1.Dirikan solat dan banyakkan berdo’a
- Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan.
Semasa berdo’a turut katakan -
“Ya Allah, jadikanlah hatiku bersih”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w
paling minima 100 X sebelum tidur
-Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan,dapat mencuci hati
dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran
- Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.
Sekurang- kurangnya bacalah”Qulhu-allah” sebanyak 3 kali
5. Berma’af-ma’afan sesamakawan setiap hari
-Semasa meminta maaf perlusebutkan dosa dan kesalahan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif -
Jangan sesekali mengkritik,kutuk diri sendiri,
merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri
7. Program minda/cuci minda -
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata, katakan dalam hati:
“Ya, Allah cucilah mindaku, cucilah hatiku, esok aku mahu jadi yg terbaik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif dan positif”.
Menurut kajian psikologi,
apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
- CUBALAH!!.
8. Berpuasa
-Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara
kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati
(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati
kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan -
jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. berpesan- pesan sesama sendiri , jadi baik.
17. Menjaga pacaindera
(mata, telinga, mulut…dsb),
Jangan dengar orang mengumpat.
pokok pangkalnya, hati yang baik datang dari jiwa yang qanaah.
hidup berilmu, ceria selalu.
Sunday, 27 March 2011
zikir

Zikir yang paling utama dan tinggi darjatnya ialah "La-ilaha illallah"
ertinya: "Tiada Tuhan Yang Sebenarnya Melainkan Allah".
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Zikir yang paling utama ialah "La-ilaha illallah" dan doa yang mulia ialah "Al-Hamdulillah".
Kelebihan:
1. Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah ˜Laailaha illallah'. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.
2. Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ˜Laailaha illallah' dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.
3. Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang membaca ˜Laailaha illallah' di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari neraka jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan dri api Neraka Jahanam.
4. Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ˜Laailaha illallah' dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)
5. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ˜Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ˜ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya'.
6. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah ˜Laailaha illallah' sampai kepada Allah
7. Hadis lain: Zikir ˜Laailaha illallah' tidak akan meninggalkan satu dosa pun di belakang dan tiada satu amalan yang menyamainya.
8. Hadis lain: Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah ˜Laailaha illallah' diletakkan di atas dacing yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.
9. Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ˜Laailaha illallah' dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.
BUKAN MILIK KITA

KETEPIKAN BISIKAN NEGATIF DALAM DIRI KITA, KERANA IA BOLEH MEROSAKKAN HATI~
JAGALAH HATI YANG ALLAH PINJAMKAN DENGAN SEBAIKNYA~ JANGAN DIDIK HATI MILIK ALLAH INI DENGAN PERKARA YANG NEGATIF KERANA IA BUKAN MILIK KITA TAPI MILIK ALLAH~SAMPAI SATU SAAT KITA PASTI AKAN MENGEMBALIKAN SETIAP APA YANG ADA PADA KITA KEPADA PENCIPTA~
Friday, 25 March 2011
Antara SABAR dan Mengeluh~

saya terbaca 1 artikel yang menarik~moga2 dapat dijadikan panduan hidup bersama~yang baik itu datangnya dari Allah~yang kurang itu datangnya dari kelemahan kita sebagai manusia biasa~
Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abdul Hassan yang pergi ke haji di Baitul Haram.
Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati.''
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abu Hassan lalu ia bertanya, " Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacitadan luka hati kerana risau, dan seorang pun menyekutuinya aku dalam hal ini.''
Abu Hassan bertanya, '' Bagaimana hal yang merisaukanmu?''
Wanita itu menjawap, " Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada ketika itu aku mempunyai 2 orang anak yang sudah boleh bermain dan yang 1 masih menyusu, dan ketika itu aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata kepada adiknya, " hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?''
Jawab adiknya," Baiklah kalau begitu."
Lalu disuruh adiknya baring & disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala,lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan & ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba2 bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas,terkena kebadannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abu Hassan bertanya, " Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"
Wanita itu menjawap, " Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu terbaik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, 1 cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda :
" 3 macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju,mengeluh dan menghina nasib orang."
Dan sabdanya pula," Mengeluh itu termasuk kebiasaan JAhiliyyah, dan orang yang mengeluh , jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
SEMOGA CERITA INI DAPAT DIJADIKAN PEDOMAN,SEMOGA KITA DIJADIKAN SEBAGAI HAMBA TUHAN YANG SABAR DALAM MENGHADAPI SEGALA MUSIBAH.AMIN~~~
Thursday, 24 March 2011
Yasin - Nur Kasih (Nur Kasih OST)
Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan
Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran
Nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi