Wednesday, 10 August 2011

~takut kepada Allah SWT~

tersebut dalam sebuah hadis, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda :

''sesungguhnya Allah menciptakan malaikat. sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur,yg sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat. Kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di dasar bumi ketujuh. Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah. ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, maka Allah memerintahkan Malaikat itu agar menyelam ke dalam lautan dari Nur di bawah Arasy. Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis nur. Daripada setiap titisan itulah Allah menjadikan Malaikat yang memohonkan keampunan bagi orang tersebut sampai hari kiamat.''

setengah hukama mengatakan, '' keselamatan jasad terletak pada sedikitnya makan. keselamatan roh pada sedikitnya dosa, dan keselamatan agama terletak pada membaca selawat kepada  "khairil anam" ( Muhammad SAW)

0rang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya. Sebagaimana Abul Laits telah berkata,

tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara.

pertama- pada lisannya~ dia menghindarkan daripada dusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri daripada zikir membaca Al-quran dan muzakarah ilmu.

kedua-pada hatinya~ dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. sebagaimana sabda rasulullah SAW :

''hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu''

ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya, seperti serangga perosak walaupun kecil tapi ia mampu membinasakan keseluruhan tanaman,begitulah hasad merebak merosakkan hati,nauzubillah~~

ketiga- pada pandangannya~ maka dia tidak suka memandang pada makanan,minuman, pakaian atau hal-hal lain yg haram. Tidak pula terpikat pada dunia. Tetapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar. Rasulullah SAW bersabda :

''Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari kiamat''

keempat- pada perutnya~ Maka perutnya tidak diisi barang yang haram.  sabda Nabi SAW;

'manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka.

kelima-pada kedua tangannya~ dia tidak menggunakan pada perkara yang haram,

keenam- pada langkah (kakinya)~ dia tidak berjalan untuk maksiat, tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah .

ketujuh-terlihat pada ketaatannya~ dia menjadikan ketaannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah, takut pada riak dan munafik..

dirawikan daripada Nabi Muhammad SAW,baginda bersabda:

""sesungguhnya Allah telah berkata , aku tidak mengumpulkan pada hambaku dua ketakutan dan dua keamanan, barangsiapa takut kepadaku di dunia, Aku amankan di akhirat . dan barangsiapa (merasa) aman dari-ku di dunia ,Aku takutkan dia di Akhirat."

seharusnya kita sebagai hamba merasa takut dan mengharapkan keampunan & rahmat dari Allah~

2 comments:

Anonymous said...

BABE, saya tegur~ ada typo di situ.. ALLAH S.W.T

Farieysha Husna said...

so sorry for my carelessness~~bdw thanks babe~may Allah bless u ^_^