Friday, 15 July 2011

nisfu syaaban

makna syaa'ban -- berpech-pecah/ berpuak2.

(Masyarakat quraiysh pd waktu itu terpaksa berpecah kpd beberapa kumpulan utk mencari sumber air di pdg pasir.
 Apabila Rasulullah SAW dtg, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan syaa'ban dalam hadis-hadisnya. Di antara hadis yang paling masyur ialah: Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

Tahukah kamu sekalian mengapa dinamakan dgn bulan syaaban?  para sahabat menjawab "Allah dan RasulNya lebih mengetahui" sabda Rasulullah SAW. ''Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali'. (dipetik dari kitab Raudatuk Ulama.)

Fadhilat sya'ban

Bulan sya'ban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan rejab adalah kesempatan
 untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan sya'ban adalah untuk memperbaiki diri dri segala macam cela dan pada bulan ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Memperbanyakkan puasa sunat


Rasulullah SAW lebih gemar berpuasa sunat pada bulan sya'ban berbanding bulan-bulan lain. Sebagai Umat Baginda eloklah kita mencontohi Baginda dalam memperbanyakkan puasa sunat di bulan sya'ban.

Kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW besabda yang bermaksud: Barangsiapa berpuasa 3 hari pada permulaan sya'ban dan 3 hari pada pertengahan sya'ban & 3 hari pada akhir sya'ban maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

Memperbanyak Doa,zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW.


Sabda Rasulullah SAW. '' Barangsiapa yang mengagungkan bulan sya'ban bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya seta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit.''( dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

Bertaubat


Diriwayatkan dari Ummah Al Bahlil Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Manakala masuk bulan sya'ban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.'' Rasulullah SAW pernah ditanya oleh Usamah bin Zaid tentang hikmah puasa yang dilakukan dalam bulan sya'ban. Baginda bersabda yan bermaksud:

"bulan syaaban yang berada di antara Rejab & Ramadhan adalah bulan yg dilupakan manusia & ia adalah bulan yg diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan seru sekalian alam, maka aku suka supaya amal ibadah aku diangkat ketika aku berpuasa"

Doa antara bacaan Yasin malam Nisfu Sya'ban

pertama; diniatkan memohon panjang umur
kedua: diniatkan memohon dijauhkan bala
ketiga: diniatkan memohon murah rezeki yang halal

PERISTIWA PENTING BULAN SYA'BAN
- Pertukaran arah kiblat
- Perang Zat Al-Riqa
- Perang Banu Al-Mustalaq dari Khuza'ah
- Malam nisfu sya'ban

apa sebenarnya yang berlaku pada malam nisfu sya'ban??????????

Malam 15 sya'ban@nisfu sya'ban adalah malam BUKU AKAUN DOSA DAN PAHALA setiap insan diangkat ke langit untuk digantikan BUKU BARU.
jika BUKU AKAUN BARU kita bermula di bulan ke 8,hikmahnya kita diberi peluang oleh Allah untuk menutup Akaun Tahunan (pada bulan Rejab iaitu bulan ke 7) & memulakan buku akaun baru tahunan ini dgn amalan yang baik-baik.n

kita buat kita dapat, renung-renungkan & selamat beramal~~ ^_^

No comments: