saat ni husna tengah membaca buku la tahzan yg ditulis oleh dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni~ pernah dengar orang cakap buku ni sangat bagus di baca~~ secara tak sengaja masa tu husna masuk la 1 kedai buku yang terletak d jalan tunku abdul rahman~ mula2 nak teman kan sahabat nak beli novel cinta (berkisahkan islam) ~~terpandang 1 buku berwarna merah jambu dan sekuntum mawar merah di muka hadapan~husna ambil dan rasa tertarik nak beli~ di ringkas kan cerita~husna beli lah buku la tahzan ni~~
sampai hari ni masih lagi membaca dan tak nak baca gopoh2 sebab nak faham dan sematkan betul2 setiap pesanan yang ada dalam buku ni~ husna rasa tak rugi beli buku ni~ dalam buku ni ada terjumpa 1 doa dimana difahamkan doa ini di baca oleh nabi Ibrahim a.s ketika Baginda dicampakkan ke dalam api, lalu Baginda membaca "Hasbunallah wa ni'mal wakil" ( cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik2 pelindung) maka Allah pun menjadikan api yang panas itu serta merta sejuk~~
Nak dijadikan 1 kisah, baru je berlaku pagi tadi husna nak turun kerja, dalam perjalanan berhenti la kat stesen minyak nak isik minyak kereta~selepas je isi minyak tiba2 kereta tak dapat nak start~~husna baca la " Hasbunallah wa ni'mal wakil '' berulang kali dalam hati sambil dibantu 2 orang hamba Allah yang baik hati (semoga Allah juga membantu kalian dalam kesusahan) akhir nya kereta dapat start balik~bertemankan celoteh dj2 stesen radio ikim & hot fm(tukar2 channel radio) akhirnya selamat sampai kat tempat kerja~alhamdulillah~
No comments:
Post a Comment